Jenis Hamster yang Dapat Dipelihara

20 01 2011

Hamster itu buat gw hewan kecil yang unyu banget deh selain kucing. Sebenarnya dari dulu pengen banget punya hamster, tapi sampe sekarang belum kesampaian karena lagi banyak kesibukan dan belum cukup finansial, haha. kan kasihan kalo sampe hamsternya ga kerawat terus mati konyol. Jadi, sekarang, gw cuma baru bisa nulis-nulis tentang jenis2 hamster deh.

banyak sekali jenis hamster yang ada, tetapi hanya beberapa jenis saja yang umum dipelihara sebagai hewan peliharaan
Syrian Hamster (Golden Hamster)
Nama Latin:Mesocricetus auratus
Ukuran: 10-18 cm
Berat: 130-210g

Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Dia akan keluar pada siang untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya aktif lebih awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai ’skirt’.

Djungarian Hamster
Nama Latin: Phodopus sungorus
Ukuran: 7-10 cm
Berat: 125-40g


Campbell Hamster
Nama Latin:Phodopus campbelli
Ukuran 8-10 cm
Berat 30-45 g

Chinese Hamster
Nama Latin:Cricetulus griseus
Ukuran 9-12 cm
Berat 26-38 g

Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan sepasang bersama dalam sangkar tetapi jika bergaduh perlu dipisahkan dengan segera. Maempunyai saiz yang agak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali dia tidak mempunyai ekor yang panjang.

Roborovski Hamster
Nama Latin:Phodopus roborovskii Image

Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini gak tidak sesuai untuk dibela oleh kanak-kanak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai banyak permainan. Orang boleh melihat kehidupan hamster dan kurang sesuai untuk bermain di luar.

CAMPBELLS

Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain. Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka dengan segera. Namun jangan terus mengasingkan mereka apabola kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari. Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang mesra dengan manusia.

WINTER WHITES

Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra, lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whites betina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar. Winter Whites tidak mempunyai sejarah diabetis.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: